Tuesday, December 11, 2007

krismas karol


pokok krismas... cantiknya..


semalam adalah hari yang boleh dikatakan gembira atau teruk sekali.. koir MIA diajak Pavillion untuk menyanyi karoling di pusat mereka.. wahhh.. dengar sahaja sudah macam sangat fun.. tetapi kita ni yang tidak biasa dengan buat persembahan di tempat awam telah cacatkan suasana krismas di Pavillion.. oh.. Pavillion, aku nak pujinya, ia sememangnya salah satu pencapaian Malaysia, aku telah terasa "ahh... akhirnya, saya nampak sedikit kemajuan Malaysia.." memang satu pusat beli-belah yang totally beza berbanding dengan yang lain, lu orang yg baca blog saya mesti pergi tengok tengok ya ?


pandangan dari atas...



Oleh kerana kekurangan bantuan, saya telah ajak 2 kawan dari SGM Renaissance Choir, beliau adalah Grace, dan satu lagi... er... saya tak berapa ingat nama dia, maaf..

.......

.......

.......

......

ahhh.. nama dia Hsin Ni !!




ni la grace.. kakak yang baik hati..


Hsin Ni.. kawan baru saya..

... ok sambung..

Pertama kali pergi Pavillion dan tambahan buat persembahan nyanyian awam, memang gementar.. Kita pakai seluruh hitam, dan dilengkapi dengan pakaian luar yg merah-merah, kelihatan, cantiknya(uhmm, makna yg bertentangan) ~~ Kita seluruh choir panjat naik ke atas pokok itu dan nyanyi di atas pokok, wah, memang idea yang kreatif sekali..




kita mula panjat pokok..

Semua kelihatan cantik, pokok cantik, kostum cantik, orang cantik, ni cantik tu cantik audience pun cantik, yang teruk sekali, suara kita tak cantik.. hari pertama, kita tidak prepare dengan baik, nyanyian kita semacam jeritan mangsa kanak-kanak didera.. nyanyian kita out-tune, volume tak seimbang, rhythm pun tak sama, wah, memang eksperien yg teruk.. Abang kita Ah Seng dimarah oleh penganjur selepas show itu, aih, sorree betul Ah Seng..




siap sedia..


Hari kedua.. ahh.. belajar dari pengalaman semalam, kita telah naik taraf, level up.. dengan bantuan teknikal yang lebih canggih, kita nyanyi lebih merdu hari ini, ini boleh dibuktikan apabila lebih ramai orang yg berhenti untuk dengar dan tepuk untuk kita.. berbanding dengan semalam, hanya penganjur itu sendiri yang tepuk sahaja, semacam orang sakit jiwa sahaja, yang lain, jalan, singgah sekejap, terus pergi liao...



cantik kan ? purple color oo..



wahhh tukar warna.. chunnn !!



tukar lagiiii !!!


TUKARRR LAGIII !!! HEBAT !!!


Saya mempercayai kita dapat menyanyi dengan lebih baik pada hari yg akan datang, kawan-kawan, silalah datang Pavilion pada hari Isnin - Khamis dan next week sama juga, pukul 1.30pm untuk sokong kita !!!



kawan di MIA ..


saya dengan Prince Katak

2 comments:

-*hsin+ni*- said...

oke.. saya datang ya~ 1.30pm kan?
saya datang.. bawaa kamara juga..

Grace said...

saya nak link entry ini di blog saya..so saya tak payah tulis sendiri.. ok? =p
oh, terima kasih kerana memberi kits peluang untuk join choir MIA dalam krismas karol ini.
adik yang baik sekali. hehe..